ad
NASIONAL

Rangka pendidikan dakwah baharu atasi gejala sosial

16 Okt 2018, 8:37 AM
Rangka pendidikan dakwah baharu atasi gejala sosial

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kerajaan Persekutuan akan merangka kaedah penyampaian dakwah baharu dan program pendidikan dalam usaha menangani gejala sosial di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia membabitkan termasuk kebajikan dan pendekatan sosial yang boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada ibu bapa dan orang ramai.

"Perkara ini merupakan cabaran fundamental yang dihadapi ulama, pemimpin politik dan aktivis sosial," katanya.

Beliau berkata pada Persidangan Antarabangsa dan Muzakarah Fikh, di Institusi Sosial Malaysia (ISM), di sini.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah menegaskan komuniti Islam kini terancam dengan masalah sosial antaranya dadah, hamil luar nikah dan taraf pendidikan rendah.

Katanya, ia berlaku kerana mengabaikan konsep pendidikan dalam Islam dan sikap 'lepas tangan' tanggungjawab sosial masyarakat.

"Komuniti Islam hari ini tidak menunjukkan contoh yang baik seperti dalam al-Quran, ‘khairatun ummah’, iaitu umat yang terbaik.

"Ini antara penyebab masalah sosial dalam komuniti," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.