ad
EKONOMI

PNS lantik Dzulkifli selaku pengerusi

6 Okt 2018, 12:37 AM
PNS lantik Dzulkifli selaku pengerusi

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 OKT: Perbadanan Permodalan Nasional Berhad (PNS) melantik Datuk Dzulkifli Fadzilah selaku Pengerusi baharu yang mula berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini.

Berdasarkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee.

Sebelum ini, Dzulkifli merupakan Ahli Jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia.

Dzulkifli mempunyai ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari California State University dan Sarjana Kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sejak 2011 hingga 2017.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.