ad
NASIONAL

Gagal tunjuk MyKad, boleh didenda hingga RM20,000

4 Okt 2018, 2:00 AM
Gagal tunjuk MyKad, boleh didenda hingga RM20,000

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 OKT: Orang ramai boleh didenda sehingga RM20,000 sekiranya gagal menunjukkan kad pengenalan diri (MyKad) apabila diminta pihak berkuasa.

Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman facebooknya mengingatkan supaya orang ramai membawa MyKad ketika bersiar-siar.

"Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan MyKad boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

PDRM turut memberitahu, MyKad adalah dokumen penting dan wajib dibawa ke mana sahaja.

"Ia adalah bukti yang menunjukkan diri anda sebagai warganegara Malaysia, selain sebagai pengenalan diri, ia juga mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan serta jantina yang terpapar di kad.

"Simpan MyKad anda dengan baik dan sentiasa bawa bersama ke mana sahaja anda pergi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.