ad
NASIONAL

Mohamad Suparadi diumum Pengerusi Tekun Nasional

1 Okt 2018, 4:44 AM
Mohamad Suparadi diumum Pengerusi Tekun Nasional

PUTRAJAYA, 1 OKT: Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusof dalam kenyataan berkata, Mohamad Suparadi adalah pengerusi eksekutif DSN Group of Companies.

"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan pembangunan produk, kewangan dan pelaburan dalam pelbagai sektor," katanya memetik laporan BERNAMA.

Dalam kenyataan sama, Mohd Redzuan turut mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai ahli Lembaga Pengarah TEKUN Nasional.

"Semua pelantikan ini tertakluk kepada proses kelulusan sewajarnya," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.