SELANGOR

Misi 24 jam jelajah Semenanjung Malaysia berjaya

20 Sep 2018, 2:41 AM
Misi 24 jam jelajah Semenanjung Malaysia berjaya
Misi 24 jam jelajah Semenanjung Malaysia berjaya
Misi 24 jam jelajah Semenanjung Malaysia berjaya

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

GOMBAK, 20 SEPT: Lapan pemuda menjayakan konvoi bermotosikal Jelajah 24 Jam Semenanjung Malaysia, sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut 16 September lalu.

Presiden Persatuan Anak Muda Gombak (AMG), Ahmad Zahid Ahmad Ibrahim berkata, konvoi itu bermula dari Dataran Kawad DBKL Sabtu lalu dan tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kertas sehari kemudian yang disambut Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Program anjuran AMG dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bermula bergerak ke selatan sebelum menuju ke utara dengan jarak perjalanan sejauh 1,361 kilometer.

"Dari tempat berlepas menuju Plaza Tol Sungai Besi, Seremban, Alor Gajah, Tangkak, Segamat, Muadzam Shah,Gambang, Setiu dan Jertih.

"Konvoi diteruskan menghala Tanah Merah, Jeli, Gerik, Kulim, Seberang Jaya, Kuala Kangsar, Ipoh, Tanjong Malim, Ulu Bernam, Sungai Buloh menuju SMK Sungai Kertas," katanya

Pada masa sama, Ahmad Zahid berharap program kerjasama itu akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Tahniah dan syabas kepada peserta dan pihak yang terlibat dalam mejayakan misi ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.