ad
SELANGOR

PRK Balakong, Seri Setia diramal mendung dan hujan - Met Malaysia

7 Sep 2018, 2:50 AM
PRK Balakong, Seri Setia diramal mendung dan hujan - Met Malaysia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 SEPT : Cuaca diramal hujan dan juga mendung pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan juga Seri Setia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman webnya memberitahu, cuaca di Seri Setia diramalkan hujan pada waktu pagi, dengan suhu dicatatkan diantara 25 hingga 29 darjah celcius.

"Sementara itu pada waktu malam cuaca diramal cerah dengan bacaan suhu 30 hingga 32 darjah celcius.

"Bagi kawasan DUN Balakong pula, keadaan pada waktu pagi diramal mendung dengan bacaan suhu diantara 26 hingga 29 darjah celcius, namun pada waktu malam keadaan kembali cerah," katanya.

Ramalan kaji cuaca itu dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.