ad
SELANGOR

Selangor negeri pertama pinda enakmen perkahwinan remaja - Speaker

3 Sep 2018, 4:34 AM
Selangor negeri pertama pinda enakmen perkahwinan remaja - Speaker
Selangor negeri pertama pinda enakmen perkahwinan remaja - Speaker

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 SEPT: Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) bagi perkahwinan melibatkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun bakal menjadikan Selangor negeri pertama meluluskannya, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim.

Katanya, perkara tersebut adalah diantara titah utama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada hari pertama perasmian Sidang DNS, yang bermula hari ini.

"Sekiranya pindaan ini diluluskan, maka Selangor adalah kerajaan pertama meluluskan undang-undang yang lebih holistik dan komprehensif.

"Ia bertujuan melindungi anak-anak remaja sekali gus mengelakkan masa depan merek terjejas," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Dalam masa sama, Suee Lim turut mengulas titah baginda berhubung isu pelaburan yang semakin baik di Selangor.

"Justeru itu kita perlu mengembelengkan tenaga supaya pelaburan lebih banyak masuk ke Selangor sekaligus menjana lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.