ad
SELANGOR

DNS: ADN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan

3 Sep 2018, 3:17 AM
DNS: ADN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 SEPT: Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negeri Selangor (DNS), di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu turut disaksikan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dan Speaker, Ng Suee Lim.

Majlis berlangsung ketika Perasmian Persidangan Penggal Pertama DNS kali ke-14 tahun 2018.

Mohd Zawawi sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, pada 4 Ogos lalu dengan majoriti 5,842 undi.

Beliau berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K Murthy dengan meraih 15,427 undi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan KEADILAN mengekalkan kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Shuhaimi memenangu kerusi DUN Sungai Kandis dengan memperoleh 23,998 undi mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.