ad
SELANGOR

Mohamad Sabu seronok lawat Sekinchan

13 Ogos 2018, 7:29 AM
Mohamad Sabu seronok lawat Sekinchan
Mohamad Sabu seronok lawat Sekinchan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEKINCHAN, 13 OGOS: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meluahkan rasa seronoknya apabila berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama komuniti nelayan Pantai Redang di sini, pagi tadi.

Kesempatan bertemu nelayan itu dimanfaatkan sepenuhnya Mohamad bagi mendapatkan maklumat berhubung keperluan meningkatkan perlindungan dan keselamatan golongan itu ketika berada di tengah lautan.

"Seronok dikelilingi kawasan alam persekitaran semulajadi, juga bot nelayan yang dipenuhi dengan bau ikan," katanya sambil disambut gelak tawa hadirin.

Sementara itu Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ia adalah kali pertama dalam sejarah apabila Menteri Pertahanan melawat Sekinchan dan mengadakan program bersama nelayan.

"Ini adalah sejarah, tidak pernah ada menteri pertahanan datang ke sini, kami mahu menteri mengambil maklum bahawa nelayan memerlukan perlindungan dan keselamatan daripada pihak berkuasa," katanya.

Selain mengadakan sesi dialog, Mohamad turut dibawa ke lokasi tarikan pelancong di Sekinchan iaitu Ah Ma House dan juga Kilang Beras.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.