ad
NASIONAL

Muhyiddin dibenar keluar hospital

7 Ogos 2018, 7:58 AM
Muhyiddin dibenar keluar hospital
Muhyiddin dibenar keluar hospital

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 7 OGOS: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibenarkan keluar meninggalkan Hospital Mount Elizabeth, Singapura, di sini, hari ini.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim berkata, Muhyiddin sudah selesai menjalani pembedahan dan rawatan.

“Beliau akan berehat sementara bersama keluarga," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Rasmi Muhyiddin Yassin, hari ini.

Pada masa sama, Hafiz mengucapkan penghargaan kepada semua doktor, jururawat serta staf hospital tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semasa beliau di sana,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut melawat Muhyiddin selepas Timbalannya Teo Chee Hean melakukan kunjungan sama.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.