ad
NASIONAL

Malaria: Majikan diingat pastikan pekerja asing disaring

5 Ogos 2018, 7:04 AM
Malaria: Majikan diingat pastikan pekerja asing disaring

PADANG BESAR 5 OGOS: Majikan terutamanya syarikat perladangan diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing mereka melalui prosedur saringan malaria semasa masuk ke negara ini bagi memastikan penyakit itu tidak terus menular di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, walaupun bilangan kes malaria di negara ini telah menurun, komitmen dan sokongan daripada semua pihak masih diperlukan bagi mencapai sifar malaria menjelang 2020.

 

"Masih terdapat risiko jangkitan semula di kawasan yang telah diisytiharkan bebas malaria disebabkan faktor kemasukan pekerja asing dari negara yang bermasalah malaria atau rakyat Malaysia yang bekerja di negara berisiko malaria.

"Pihak majikan antaranya bertanggungjawab menyediakan kelambu berubat kepada pekerja bagi melindungi daripada gigitan nyamuk dan memastikan pekerja menjalani pemeriksaan di klinik dengan segera jika mengalami gejala malaria," katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat Kebangsaan di Felcra Lubuk Sireh di sini, hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

SUMBER: BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.