ad
SELANGOR

25 Ahli Majlis MBSA mula tugas

1 Ogos 2018, 6:27 AM
25 Ahli Majlis MBSA mula tugas
25 Ahli Majlis MBSA mula tugas

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 1 OGOS: Seramai 25 ahli majlis secara rasminya dilantik Kerajaan Selangor bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, kesemua ahli majlis berkenaan mempunyai pengalaman, pendidikan dan terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Diharapkan supaya semua ahli majlis ini dapat membantu memperkasakan sistem penyampaian maklumat MBSA, selain dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

"Semoga semuanya dapat memberikan pandangan dan idea meningkatkan prestasi pentadbiran MBSA," katanya dalam kenyataan.

Majlis angkat sumpah dan menandatangani Surat Akujanji itu turut disaksikan Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Semua dilantik akan berkhidmat di kawasan pentadbiran MBSA bagi penggal 2018-2020.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.