ad
GLOBAL

13 maut akibat gempa, ribuan rumah rosak

29 Jul 2018, 11:28 AM
13 maut akibat gempa, ribuan rumah rosak

LOMBOK (Indonesia) 29 JUL: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud di Lombok meningkat kepada 13 orang, kata pihak berkuasa.

Gempa cetek awal pagi itu turut disusuli lebih 120 gegaran susulan termasuk yang terbesar berukuran 5.7 magnitud, kata agensi kaji cuaca Indonesia.

 

Pihak berkuasa tempatan mengumumkan darurat selama tiga hari, lapor beberapa stesen televisyen.

Jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata dalam satu kenyataan: "Tiga belas orang maut, ratusan cedera dan ribuan kediaman rosak dalam gempa bumi di Lombok Timur."

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata agensi geofizik dan meteorologi negara itu.

SUMBER: AFP

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.