ad
NASIONAL

Kerajaan bawa pulang jenazah mangsa gempa bumi Lombok - TPM

29 Jul 2018, 9:35 AM
Kerajaan bawa pulang jenazah mangsa gempa bumi Lombok - TPM

KUALA LUMPUR 29 JUL: Kerajaan Malaysia sedia membawa pulang jenazah mangsa rakyat Malaysia yang terkorban akibat bencana gempa bumi di Lombok, Indonesia hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan akan segera mengenal pasti mangsa.

"Saya ingin rakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa-mangsa kejadian ini. Saya doakan mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

"Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk segera mengenalpasti wanita tersebut, dan akan membawa mayat tersebut pulang ke tanah air," kata Dr. Wan Azizah melalui Twitter.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan seorang rakyat Malaysia terkorban akibat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter ketika mendaki Gunung Rinjani awal pagi ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.