ad
SELANGOR

Juwairiya optimis bela nasib pekerja

26 Jul 2018, 2:10 AM
Juwairiya optimis bela nasib pekerja

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 26 JUL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli optimis memastikan nasib pekerja Pasar Raya Giant Kuala Selangor terbela dan tidak hilang pekerjaan.

Juwairiya berkata, beliau difahamkan seramai 80 pekerja pasar raya berkenaan terjejas dan terpaksa diberhentikan kerja buat masa ini.

"Saya sedang dalam usaha berjumpa dengan peruncit baharu yang bakal menggantikan Pasar Raya Giant berkenaan untuk berbincang sama ada mereka akan menyerap pekerja terjejas ini.

"Bagaimanapun, setakat ini, saya difahamkan 80 pekerja itu akan diberi pampasan mengikut tempoh berapa lama mereka bekerja di pasar raya itu," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Katanya, kesemua pekerja itu terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal di Sekinchan dan Kuala Selangor.

"Saya akan cuba sedaya upaya berusaha memastikan nasib pekerja terus terbela dan tidak menganggur,"katanya.

Terdahulu, kebanyakan Pasar Raya Giant terpaksa dihentikan perniagaan akibat berlakunya kelembapan jualan dalam sektor runcit Malaysia.

Difahamkan, Pasar Raya Giant Kuala Selangor mula ditutup pada 20 Julai lalu, bakal digantikan dengan pasar raya baharu antaranya Pasar Raya NSK atau Pasar Raya TF yang akan dibuka tidak lama lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.