ad
SELANGOR

Shah Alam Antlers, SAY dan MBSA jalin kerjasama

25 Jul 2018, 9:31 AM
Shah Alam Antlers, SAY dan MBSA jalin kerjasama

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 JUL: Kelab bola sepak komuniti, Shah Alam Antlers menjalin kerjasama dengan Selangor Youth Community (SAY) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam aktiviti bola sepak termasuk komuniti serta kemasyarakatan.

Presiden Shah Alam Antlers, Ahmad Suffian Mamat berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Dr Johan Kamal Hamidon dan Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad, 23 Julai lalu.

"Sebagai sebuah pasukan bola sepak komuniti mewakili Shah Alam secara keseluruhannya, kerjasama sebegini sangat penting untuk kita bagi mendekatkan lagi Shah Alam Antlers dengan komuniti Shah Alam.

"Ini sejajar dengan syarat Program Pembangunan Kelab Komuniti Football Selangor (FS) di bawah kelolaan SAY," katanya menerusi http://shahalamantlers.com

Selain itu, beliau berkata, kerjasama itu juga menunjukkan Shah Alam Antlers mahu mengikuti model kelab bolasepak Jepun di mana setiap kelab disyaratkan J-League untuk mendapat pengiktirafahan Datuk Bandar atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bandar atau bandar raya masing-masing serta melakukan aktiviti komuniti juga kemasyarakatan.

"Shah Alam Antlers merakamkan setinggi penghargaan kepada SAY dan MBSA atas kesudian mengiktiraf pasukan kami sebagai rakan komunitinya," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.