ad
NASIONAL

KPKT kaji garis panduan bendung kenaikan harga rumah awam

25 Jul 2018, 6:43 AM
KPKT kaji garis panduan bendung kenaikan harga rumah awam
KPKT kaji garis panduan bendung kenaikan harga rumah awam

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 25 JULAI: Dasar Perumahan Awam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal memuatkan satu garis panduan bagi memastikan kenaikan harga rumah awam dapat dibendung.

Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata, dasar itu akan disiapkan menjelang September nanti.

"Konsep yang kita mahu perkenalkan dalam polisi perumahan awam itu merangkumi perkara yang kita letakkan daripada segi implikasi kos.

"KPKT sedang mengkaji anggaran kos tetapi saya sedang teliti komponennya dan daripada situ, saya akan buat perbandingan sebelum mengeluarkan garis panduan berhubung anggaran kos untuk projek pembinaan rumah awam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media lawatan tapak projek kompleks rekreasi khas untuk wanita, di Bandar Bukit Puchong, di sini, hari ini.

Zuraida berkata, Dasar Perumahan Awam KPKT itu akan meliputi semua aspek dalam memastikan kepentingan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.

Pada masa sama, ketika menyentuh isu perumahan mampu milik, beliau berkata, KPKT mengadakan perbincangan dengan agensi utiliti seperti pembekal air, elektrik dan perkhimatan telekomunikasi bagi mencari jalan mengurangkan kos pembinaan projek perumahan.

"KPKT turut berbincang dengan Bank Negara Malaysia bagi mencari satu formula memudahkan pinjaman perumahan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.