ad
SELANGOR

PRK Sungai Kandis: Sambutan kempen menggalakan

23 Jul 2018, 7:08 AM
PRK Sungai Kandis: Sambutan kempen menggalakan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sepanjang tiga hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Sungai Kandis berlangsung, calon KEADILAN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni melahirkan keyakinan undi rakyat akan berpihak kepadanya.

Beliau berkata, ia dapat dilihat menerusi penerimaan baik masyarakat setempat ketika program turun padang diadakan setiap hari.

"Sepanjang kempen selama tiga hari ini, sambutan diterima amat menggalakan.

"Ia merupakan petanda baik apabila saya pergi ke mana sahaja, ramai yang menegur dan mahu berswafoto," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media PRK N49 Sungai Kandis, di Bilik Gerakan Utama Sungai Kandis, di sini, hari ini.

PRK N49 Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam dan BEBAS, Murthi Krishnasamy.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.