ad
BERITA UTAMA

MB: Jadikan bidang teknikal dan vokasional pilihan pertama

23 Jul 2018, 6:20 AM
MB: Jadikan bidang teknikal dan vokasional pilihan pertama
MB: Jadikan bidang teknikal dan vokasional pilihan pertama

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Bidang teknikal dan vokasional tidak sepatutnya menjadi pilihan kedua dalam bidang pendidikan, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, kedua-dua bidang tersebut perlu diberi anjakan bagi membolehkannya menjadi pilihan pertama di kalangan pelajar cemerlang.

"Tanggapan segelintir pihak berpendapat bidang ini adalah pilihan kedua sekiranya tidak berjaya dalam bidang dipohon adalah silap, sebaliknya jika kita menjadikan teknikal dan vokasional sebagai pilihan pertama, sudah tentu negara kita akan maju dan menjadi 'the best from the best'.

"Disebabkan itu bidang ini memerlukan anjakan supaya ia menjadi pilihan sekaligus memacu kemajuan ekonomi negara dan juga negeri," katanya ketika ucapan Majlis Perasmian 'School of Entrepreneurship & MSMEs (SEM) di Kelab Petroleum Malaysia, Bangunan Petronas, pagi tadi.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Akademi SST & Consultancy (SSTC), Sugunadevi Arjunan dan Pengerusi SSTC, Profesor Emeritus Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid serta wakil-wakil usahawan dan juga perbankan.

Amirudin berkata, bidang teknikal mahupun vokasional perlu diseimbangkan sekaligus meletakkannya pada kelas tersendiri sama seperti bidang lain.

"Sekiranya kita gagal memberi keseimbangan, maka ia bakal membawa masalah terhadap negara. Justeru kita perlu merangka program yang akan dapat menarik lebih ramai golongan yang cemerlang akademik memilih teknikal dan vokasional.

"Sekiranya ia berjaya, saya yakin kita dapat menawarkan peluang pekerjaan yang sangat besar kepada graduan berkenaan," katanya.

=EZY=

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.