ad
NASIONAL

PM sahkan bekas hakim speaker Dewan Rakyat baru

15 Jul 2018, 2:02 AM
PM sahkan bekas hakim speaker Dewan Rakyat baru

NASIONAL 15 JUL: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

Ditemui pemberita selepas pertemuan dengan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini, beliau berkata perkara itu akan diumumkan tak lama lagi.

"(Speaker baru adalah) bekas hakim," katanya.

Ketika ditanya adakah bekas hakim itu adalah Mohamad Ariff, Mahathir menjawab, "ya".

Pada 11 Julai lalu, Malaysiakini melaporkan sumber berkata Mohamad Ariff mungkin dipilih selepas calon terdahulu Datuk Johari Abdul mencetuskan kontroversi ekoran kedudukannya sebagai ADUN Gurun.

Mohd Ariff juga ketua jawatankuasa disiplin AMANAH.

SUMBER: MALAYSIAKINI

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.