ad
BERITA UTAMA

Pimpinan Selangor bincang lantikan Speaker DNS

21 Jun 2018, 3:19 AM
Pimpinan Selangor bincang lantikan Speaker DNS
Pimpinan Selangor bincang lantikan Speaker DNS

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JUN : Kerajaan Negeri sedang mengadakan perbincangan menyeluruh bagi menentukan individu berkelayakan untuk dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor dan Timbalannya.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pelantikan dibuat sebelum Majlis Angkat Sumpah dibuat wakil rakyat negeri.

"Dalam jadual, Ahli Dewan Negeri (ADN) perlu mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri, pada 26 Jun ini.

"Justeru di peringkat Kerajaan Negeri kita sedang mengadakan perbincangan lanjut untuk menentukan pencalonan Speaker Dewan dan Timbalan Speaker Dewan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di Pejabat Dato' Menteri Besar, semalam.

Sebelum ini, laporan The Star memetik sumber portal itu mendedahkan, dua nama ADN yang disebut berkelayakan mengisi kekosongan jawatan itu.

Mereka adalah, ADN Paya Jaras; Mohd Khairuddin Othman dan ADN Sekinchan; Ng Suee Lim.

Bagaimanapun, bekas Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali enggan mendedahkan sejauh mana kebenaran laporan berkenaan.

"Calon itu adalah ADN dalam kalangan Pakatan Harapan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.