ad
SELANGOR

Tourism Selangor optimis tarik pelancong China

20 Jun 2018, 5:06 AM
Tourism Selangor optimis tarik pelancong China
Tourism Selangor optimis tarik pelancong China
Tourism Selangor optimis tarik pelancong China

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 20 JUN: Tourism Selangor selaku tuan rumah mengadakan Majlis Makan Malam Selamat Datang membabitkan 1,300 pelancong China dari Kumpulan Insentif Perfect China 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Majlis itu bertujuan mempromosi Selangor sebagai destinasi pilihan untuk pelancong China apabila mereka melawat Malaysia pada masa akan datang.

Majlis itu juga memberi peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian bagi mencuba masakan tradisional Selangor seperti Nasi Ambeng.

Selain itu, ia bertujuan mempromosi tempat menarik di negeri ini antaranya Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan SkyMirror sekali gus menggalakan lebih banyak pro-aktiviti pasaran terutamanya dalam memperkenalkan Selangor sebagai salah satu destinasi terbaik.

Manakala, Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu serta Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, pelancong dari China sudah menyumbangkan statistik paling banyak berkunjung ke negeri ini sejak dua tahun lalu.

Katanya, bagi suku pertama 2018 antara tempoh Januari hingga Mac, bilangan ketibaan pelancong dari China ke Selangor adalah 293,605 orang.

"Pada tahun ini, kita mensasarkan untuk mencapai peningkatan jumlah 900,000 pelancong dari China.

"Dengan semua inisiatif yang ada di Selangor, kita dapat meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dari China pada tahun ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, memasuki kali ketiga FAM Tour dari China dilaksanakan sejak 2015 dan setakat ini sudah 12,000 pelancong dari China terlibat dengan program insentif itu.

Sementara itu, Tourism Selangor optimis meningkatkan bilangan pelancong dari China dengan sokongan kempen pemasaran digital menggunakan Weibo dan Wechat yang kini sudah terdapat hampir 30,000 pengikut dari negara terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.