ad
GLOBAL

Serangan siber China makin sukar dikesan: Taiwan

15 Jun 2018, 11:11 PM
Serangan siber China makin sukar dikesan: Taiwan

TAIPEI 16 JUN: Serangan siber China terhadap sistem komputer kerajaan Taiwan menjadi semakin sukar untuk dikesan, kata sumber yang dekat dengan kerajaan.

Sumber berkata ia ditambah dengan peningkatan penggunaan saluran seperti enjin carian untuk menceroboh masuk ke dalam sistem.

Menurut sumber, walaupun kekerapan serangan tentera siber China menurun, kadar kejayaan serangan sedemikian meningkat.

"Jabatan rasmi Taiwan berdepan ratusan serangan internet yang berjaya setiap tahun, lebih separuh daripadanya datang dari serangan tentera siber China," kata sumber yang enggan dikenali kepada Reuters.

Sehubungan itu, China menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terbabit dengan serangan siber atau kegiatan menggodam, malah mengakui mereka sendiri menjadi mangsa terbesar serangan sedemikian.

"Dua pejabat hal ehwal Taiwan dan Pentadbiran ruang siber China tidak memberikan sebarang maklum balas ketika diminta berbuat demikian.

Serangan siber itu berlaku ketika Beijing meningkatkan tekanan diplomatik dan ekonomi terhadap negara pulau itu, yang didakwa China miliknya dan menganggap ia wilayah yang sukar dikawal.

Pada masa sama, sumber berkata, penggodam menggunakan teknik baharu untuk berselindung daripada aktiviti mereka.

"Mereka kerap menggunakan saluran seperti Google dan blog untuk menyamar. Dengan cara itu ia memberi gambaran kepada penyiasat bahawa penggunaan saluran atau peranti biasa digunakan dalam usaha melindungi kegiatan mereka," kata sumber itu.

SUMBER: REUTERS

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.