ad
SELANGOR

CIMB Plaza Azalea rai 50 anak yatim

7 Jun 2018, 2:50 AM
CIMB Plaza Azalea rai 50 anak yatim

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 JUN: CIMB cawangan Plaza Azalea meraikan lebih 50 anak yatim dalam majlis berbuka puasa, di sini, baru-baru ini.

Pengurusnya, Sharaini Hashim berkata, pihaknya turut menyumbangkan baju baru sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.

"Setiap tahun CIMB Islamic memperuntukkan wang tajaan bagi membantu golongan kurang mampu, termasuk anak yatim. Kami daripada CIMB Plaza Azalea bertanggungjawab mencari penerima bantuan dan menganjurkan program berbuka sebegini.

"Pada saya, ini adalah program yang cukup bagus dan sekurangnya dapat membahagiakan anak yatim sempena Aidilfitri, ditambah kita digalakkan bersedekah ketika Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Teratak Nur Baraqah, di The Lanai Palace.

Menariknya, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi, Ezlynn yang popular dengan lagu Hai Hai Bye Bye berserta 20 kakitangan CIMB.

Kesemua anak yatim berkenaan turut membawa pulang duit dan pakaian raya sumbangan CIMB Islamic.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.