ad
NASIONAL

433,000 senarai hitam peminjam PTPTN dikeluarkan

31 Mei 2018, 6:36 AM
433,000 senarai hitam peminjam PTPTN dikeluarkan
433,000 senarai hitam peminjam PTPTN dikeluarkan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu dibuat melalui proses pemutihan secara berperingkat sejak 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Katanya, ia adalah janji dalam manifesto PRU-14, bahawa peminjam PTPTN yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

"Memandangkan keadaan ekonomi yang teruk pada hari ini, maka kita letakkan RM4,000 itu supaya bila mereka sampai tahap itu, mereka boleh membuat pembayaran.

"Cuma kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka,” katanya.

Terdahulu, Maszlee berkata, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.