ad
SELANGOR

KPS jayakan program iftar

30 Mei 2018, 3:49 AM
KPS jayakan program iftar

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 30 MEI: Sebanyak RM30,000 diperuntukkan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) untuk program iftar secara percuma di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, pada 1 hingga 3 Jun ini.

Pengarah Bersekutu Perhubungan Koporat, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KPS, Fauzli Ghazali berkata, program itu bertujuan menggalakkan masyarakat mendekati dan menderma kepada golongan kurang bernasib baik.

"Peransang Selangor mempunyai program CSR sendiri terdiri daripada banyak cabang antaranya pembangunan sukan, keusahawan dan latihan kemahiran.

"Program berbuka puasa adalah acara wajib kami setiap tahun membabitkan golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, sama ada dibuat di Peransang Selangor, masjid atau rumah kebajikan," katanya lapor Sinar Harian.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.