ad
SELANGOR

Isu banjir Kg Asahan dibincang segera - Juwairiyah

28 Mei 2018, 7:42 AM
Isu banjir Kg Asahan dibincang segera - Juwairiyah
Isu banjir Kg Asahan dibincang segera - Juwairiyah

OLEH NADIAH ZAMLUS

BUKIT MELAWATI, 28 MEI: Kekerapan banjir kilat yang berlaku di Batu 7 dan 8, Kampung Asahan akan dibincangkan segera, demikian menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiyah Zulkifli.

Katanya, ia berikutan kejadian banjir kilat kerap berlaku setiap kali hujan lebat luar biasa melanda kawasan berkenaan.

"Walaupun ia dilihat perkara biasa, namun saya memandang serius isu ini dan ia akan dibawa ke peringkat Pejabat Daerah dan Tanah untuk dibincangkan segera.

"Saya juga akan melihat mekanisma terbaik untuk menanganinya," katanya kepada SelangorKini.

Semalam, 15 rumah penduduk di Kampung Asahan terjejas akibat dilanda banjir kilat akibat daripada hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Juwairiyah berkata, kejadian berlaku disebabkan kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di situ mengalami kerosakan.

"JPS sudahpun mengambil tindakan dengan mengepam keluar air dari rumah penduduk, setakat ini tidak ada pemindahan penduduk dilaporkan.

"Setakat ini beberapa agensi Kerajaan Negeri dihubungi, saya meminta supaya kesemua penduduk dipantau dan diberi bantuan sewajarnya memandangkan sekarang adalah Ramadan dan banyak persiapan perlu dibuat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.