ad
SELANGOR

4 bulan MPAJ berjaya kumpul 21,000 kg minyak masak terpakai

25 Mei 2018, 8:11 AM
4 bulan MPAJ berjaya kumpul 21,000 kg minyak masak terpakai
4 bulan MPAJ berjaya kumpul 21,000 kg minyak masak terpakai
4 bulan MPAJ berjaya kumpul 21,000 kg minyak masak terpakai

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 MEI: Komited melaksanakan program kitar semula, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengumpul 21,769 kilogram (kg) minyak masak terpakai bermula Januari hingga April tahun ini.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, program kitar semula dan kutipan minyak masak terpakai digerakkan di setiap lokasi gotong-royong, premis kedai makanan, pasar malam dan bazar Ramadan.

"Ia bersesuaian dengan objektif utama meningkatkan kesedaran pengguna terutamanya peniaga supaya tidak membuang minyak masak terpakai ke tempat tidak sepatutnya.

"Selain itu, ia dapat memupuk kesedaran kepada orang ramai menjaga alam sekitar," katanya ketika berucap pada Majlis Program Bazar Ramadan Mampan MPAJ 2018 di Bazar Ramadan, Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, di sini, semalam

Majlis disempurnakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim itu turut dihadiri Timbalan Pengarah MySaveFood, Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti MARDI, Aniadila Kamaruddin dan Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Sementara itu, Izham memuji komitmen berterusan MPAJ menjayakan Program Bazar Ramadan Mampan bagi mendidik masyarakat setempat tentang kepentingan penggunaaan ' ‘biodegradable bag’ selain mengurangkan beg plastik dan polistirena.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.