ad
SELANGOR

Bazar Ramadan Mampan MBSA kearah bandar rendah karbon

24 Mei 2018, 5:01 AM
Bazar Ramadan Mampan MBSA kearah bandar rendah karbon
Bazar Ramadan Mampan MBSA kearah bandar rendah karbon
Bazar Ramadan Mampan MBSA kearah bandar rendah karbon
Bazar Ramadan Mampan MBSA kearah bandar rendah karbon

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited meningkatkan kesedaran peniaga bazar ramadan berhubung penggunaan produk jenis biodegradasi menerusi program Bazar Ramadan Mampan.

Datuk Bandarnya, Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, MBSA mengedarkan 150 pembungkus makanan jenis biodegradable (Green-Blue) keluaran Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) kepada peniaga bazar di Seksyen 17 bagi menggalak dan memperkenal produk itu.

"Bekas makanan ini dihasilkan daripada kertas disalut plastik. Selain kelebihannya yang mudah lupus dalam waktu singkat, kajian SIRIM juga mendapati bekas ini boleh menyimpan makanan berkuah selain mampu tahan sehingga dua minggu tanpa bocor

"Ia juga dapat membantu mengawal pencemaran alam sekitar akibat daripada pembuangan plastik dan polisterina yang tidak hancur," katanya selepas pelancaran Program Bazar Ramadan Mampan Peringkat MBSA 2018 di tapak bazar Seksyen 17, semalam.

Untuk rekod, pembungkusan Green-Blue adalah teknologi pembungkusan inovatif yang menggabungkan konsep biodegradasi dan pembaikpulih sumber bagi menyokong kelestarian alam sekitar dan perniagaan.

Dalam pada itu, Ahmad Zaharin berkata, MBSA turut mengedarkan bekas makanan jenis mangkuk tingkat kepada pengunjung bertuah sebagai dorongan untuk terus menyokong Kempen Bebas Polistirena Shah alam 2018.

Kempen anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dan Nestle Nestlè Manufacturing itu bertujuan member kesedaran awam kepada masyarakat mengenai kepentingan pengurangan penggunaan beg plastik sekali gus menggalakkan penggunaan 'biodegradable bag' serta penguatkuasaan pematuhan larangan penggunaan polistirena.

Dalam program sama, MBSA turut mengedarkan 500 bubur lambuk kepada pengunjung.

Tahun ini MBSA mengeluarkan 1,987 permit bazar ramadan di 38 lokasi seluruh kawasan pentadbirannya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.