ad
SELANGOR

Pembangkang Selangor gagal jadi pembangkang terbaik

21 Mei 2018, 2:47 AM
Pembangkang Selangor gagal jadi pembangkang terbaik
Pembangkang Selangor gagal jadi pembangkang terbaik

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 21 MEI: Pemimpin Barisan Nasional (BN) gagal melatih diri menjadi pembangkang terbaik, di Selangor, kata Exco Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Beliau berkata, tempoh 10 tahun buat parti itu menjadi pembangkang di Selangor dilihat sia-sia dan tidak dimanfaatkan sebaiknya.

"Seharusnya, inilah masa terbaik mereka untuk melatih diri selepas sekian lama menjadi pembangkang, tapi saya lihat mereka gagal menjadi pembangkang seperti Pakatan Harapan (PAKATAN) lakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kami menjadi pembangkang termasuk di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, namun PAKATAN menggilap menjadi pembangkang terbaik Tetapi di Selangor, BN dilihat gagal menjadi pembangkang terbaik tidak seperti kami lakukan sebelum ini," katanya ketika rancangan bual bicara, di Astro Awani, malam tadi.

Shaharuddin turut menyatakan rasa tidak setujunya dengan tindakan segelintir pemimpin yang cuba lompat parti terutama daripada BN.

"Apa perlunya? Mereka tidak perlu masuk, seharusnya anda latih diri menjadi pemimpin dan pembangkang terbaik untuk menentang PAKATAN," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.