ad
GLOBAL

Singapura sedia bantu siasat skandal 1MDB

17 Mei 2018, 2:58 AM
Singapura sedia bantu siasat skandal 1MDB
Singapura sedia bantu siasat skandal 1MDB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 MEI: Singapura menyatakan pihaknya bersedia membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di negara ini, lapor Channel News Asia, semalam.

CNA melalui laporan di portalnya berkata, kenyataan itu dikeluarkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD).

Katanya, pihak berkuasa Singapura bekerjasama secara meluas dengan penguatkuasa di Malaysia atas permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat berhubung transaksi berkaitan 1MDB.

"Singapura juga telah mengambil tindakan pantas terhadap institusi kewangan serta individu yang melanggar undang-undang berhubung aliran dana yang berkaitan dengan 1MDB," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mendapatkan kembali semua wang diseleweng 1MDB yang dipercayai disimpan di beberapa negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.