ad
NASIONAL

Anwar sokong Tun M sebagai PM

17 Mei 2018, 2:20 AM
Anwar sokong Tun M sebagai PM
Anwar sokong Tun M sebagai PM

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 17 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi mengetuai pentadbiran negara.

Beliau berkata, kepimpinan Dr Mahathir perlu disokong sepenuhnya seperti mana dinyatakan rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya menyatakan sokongan padu kepada Dr Mahathir untuk menerajui negara walaupun saya tiada apa-apa (kerana tidak bertanding dalam PRU dan baharu dibebaskan).

"Saya ingin memberi peringatan kepada yang lain supaya tidak mengejar jawatan sebagai menteri sebaliknya harus mengukur keupayaan diri bagi menjalankan tanggungjawab," katanya dalam Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Amcorp Mall, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan maka tanggungjawab harus dilaksanakan penuh amanah demi menjaga kepentingan rakyat.

"Dr Mahathir dengan dibantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan yang lain akan mampu menjadikan negara lebih berjaya," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.