ad
NASIONAL

Isu pendaftaran PAKATAN dan PPBM selesai

16 Mei 2018, 4:10 PM
Isu pendaftaran PAKATAN dan PPBM selesai
Isu pendaftaran PAKATAN dan PPBM selesai

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 16 MEI: Pendaftaran Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya selesai, selepas mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu berjaya diselesaikan, hari ini.

"Walaupun kita dihalang pada awalnya tetapi kini tidak lagi," katanya pada Himpunan Merdeka Rakyat, di Padang Timur, di sini, hari ini.

Ketika menyentuh pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Muhyiddin menyifatkan ia sebagai amat bermakna untuk rakyat dan negara.

Katanya, Anwar akan diangkat sebagai perdana menteri seperti diimpikan rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.