ad
BERITA UTAMA

Agong berkenan beri pengampunan penuh kepada Anwar

11 Mei 2018, 5:26 AM
Agong berkenan beri pengampunan penuh kepada Anwar
Agong berkenan beri pengampunan penuh kepada Anwar
Agong berkenan beri pengampunan penuh kepada Anwar

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUAL LUMPUR, 11 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenab memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau dimaklumkan perkara itu ketika pertemuan dengan Sultan Muhammad V pada istiadat mengangkat sumpah Perdana Menteri, di Istana Negara, semalam.

"Dengan pengampunan penuh ini, Datuk Seri Anwar boleh terbabit serta-merta, dalam politik," katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan akan meneruskan proses itu mengikut prosedur yang diperlukan.

Anwar dipenjarakan pada Februari 2015 apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan kes fitnah 2 membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mengikut jadual, Anwar yang dipenjarakan di penjara Sungai Buloh akan dibebaskan, pada 8 Jun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.