ad
SELANGOR

Amirudin Shari tunai manifesto Sungai Tua

10 Mei 2018, 2:46 AM
Amirudin Shari tunai manifesto Sungai Tua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 10 MEI: Selepas diberi mandat menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Amirudin Shari berkata tumpuannya kini terarah kepada inisiatif melaksanakan manifesto yang pernah dijanjikannya kepada pengundinya.

Katanya, beliau tidak memerlukan tempoh yang lama sehingga lima tahu melaksanakan manifesto yang mefokuskan kepada lima teras pembangunan infrastruktur Sungai Tua.

“Saya tidak perlukan tempoh lima tahun untuk melaksanakan manifesto itu.

“Ia boleh dilaksanakan segera, dalam tempoh sebelum itu kerana sebahagian intipati manifesto itu sudah dilaksanakan di peringkat asas fasiliti Sungai Tua,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui Beliau hadir di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Umum (PRU14) Parlimen Gombak, di SMK Sungai Pusu, awal pagi ini.

Terdahulu, manifesto Amirudin untukmenjadikan kawasan itu sebagai penempatan sihat dan selamat untuk warga dan komunitinya.

"Saya komited untuk memperbanyakkan program kekeluargaan dan kesihatan yang memfokuskan seisi keluarga dengan lebih banyak peruntukkan kepada persatuan komuniti.

"Ia boleh disalurkan bagi menjayakan program kekeluargaan dan kesihatan yang memfokuskan seisi keluarga dengan lebih banyak peruntukan kepada persatuan komuniti untuk menjayakan program.

"Tidak dilupakan untuk saya membawa isu pendatang asing sekitar Sungai Tua agar Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan lebih tuntas dalam mengawal kebanjiran mereka serta menjamin keselesaan warganegara," katanya.

=EZY=

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.