ad
SELANGOR

Warga emas tiba paling awal tunai tanggungjawab mengundi

9 Mei 2018, 2:21 AM
Warga emas tiba paling awal tunai tanggungjawab mengundi
Warga emas tiba paling awal tunai tanggungjawab mengundi

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 9 MEI: Penduduk Ampang Jaya dilihat mula berkumpul sejak jam 7.30 pagi bagi membuang undi di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini.

Namun menariknya, warga emas diantara pengundi yang tiba lebih awal.

Salah seorangnya, Rokiah Hasnan, 72 berkata, dia tidak dapat tidur malam kerana tidak sabar untuk mengundi pagi ini.

"Sekarang makcik lega kerana tanggungjawab pada negara sudah selesai, makcik harap pilihan yang dibuat tadi adalah tepat untuk negara," katanya.

Parlimen P099 Ampang menyaksikan Zuraida Kamaruddin sekali lagi diletakkan Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi terus mengekalkan kedudukannya sejak 2008.

Sementara calon N019 pula mempertaruhkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sementara calon N020, Haniza Talha.

=EZY=

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.