ad
NASIONAL

Janji ambil alih ikut perlembangaan

6 Mei 2018, 4:03 PM
Janji ambil alih ikut perlembangaan
Janji ambil alih ikut perlembangaan
Janji ambil alih ikut perlembangaan

OLEH NORHAYATI UMOR

HULU KELANG, 6 MEI: Pakatan Harapan (PAKATAN) berjanji akan mengambil alih negara secara demokrasi dan berpelembagaan sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, tidak timbul huru hara dalam peralihan kuasa kerana PAKATAN sentiasa memelihara demokrasi.

"Saya ingin berpesan pada Ketua Polis Negara, Ketua Turus Angkatan Tentera dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang lain supaya menghormati demokrasi.

"PAKATAN akan mengambil alih mengikut demokrasi, berpelembagaan dan tidak timbul huru hara," katanya.

Beliau berkata demikian di Malam Semarak Tsunami Rakyat di Padang AU2, Keramat, di sini.

Beliau yang juga calon P111 Kota Raja turut mendakwa Barisan Nasional (BN) kini diibaratkan seperti ais yang semakin mencair.

Katanya, ia berlaku lebih drastik apabila Tun Daim Zainudin, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz menyokong kepimpinan PAKATAN.

"Kita pergi roadshow ke seluruh negara dan kita melihat tsunami rakyat berlaku, di Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

"Juga negeri-negeri lain, kita dibanjiri lautan manusia yang sangat luar biasa," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.