ad
SELANGOR

Maniyam terharu disantuni Dr Daroyah

3 Mei 2018, 4:41 AM
Maniyam terharu disantuni Dr Daroyah
Maniyam terharu disantuni Dr Daroyah

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 3 MEI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Sementa, Dr Daroyah Alwi menyantuni Maniyam, 65, seorang warga emas penghidap diabetes di Taman Seri Kerayong, di sini, semalam.

Dalam lawatan berkenaan, Daroyah sempat meluangkan masa lebih kurang 30 minit untuk bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada Maniyam.

Maniyam berkata, beliau yang sudah menderita penyakit itu sejak 2000 terpaksa bersetuju untuk dipotong kakinya dua bulan lalu akibat tahap diabetes kronik.

Malah, lebih menyedihkan apabila beliau baru sahaja kematian isteri lima bulan lalu akibat penyakit sama.

Namun, beliau yang mempunyai empat orang anak (tiga sudah berkahwin) itu kini dijaga anak bujangnya yang bekerja sebagai mekanik.

"Terima kasih tidak terhingga kepada Dr Daroyah kerana sudi menjenguk kami sekeluarga dan memberi semangat serta sokongan kepada saya," katanya.

Pada masa sama, Daroyah yang juga mantan Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Keluarga turut menerangkan beberapa skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) kepada Maniyam.

Beliau menyaran pesakit itu menggunakan skim IPR yang disediakan Kerajaan Negeri demi meringankan beban rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.