ad
SELANGOR

Pengundi dakwa nama hilang dalam senarai daftar undi

27 Apr 2018, 10:32 AM
Pengundi dakwa nama hilang dalam senarai daftar undi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 27 APR: Kebanyakan pengundi Cina di Parlimen Kota Raja mendakwa nama mereka tiada dalam senarai daftar pengundi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei berkata, aduan itu diterima daripada penduduk setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

"Ada yang sudah mengundi lebih tujuh kali, namun nama mereka tiada dalam senarai.

"Ini adalah sesuatu yang perlu kita beri perhatian serius kerana adanya unsur menafikan hak rakyat untuk mengundi selain ia menyukarkan proses pengundian," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sudah memberi penerangan kepada penduduk di kawasan itu berkenaan persempadanan semula.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.