ad
GLOBAL

10 maut, puluhan cedera, telaga minyak terbakar di Aceh

25 Apr 2018, 3:24 AM
10 maut, puluhan cedera, telaga minyak terbakar di Aceh

BANDA ACEH 25 APR: Sekurang-kurangnya 10 terkorban, manakala puluhan lagi cedera dalam kebakaran di sebuah telaga minyak haram di wilayah Aceh, pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa, tumpahan minyak menyebabkan api semakin marak pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan) hingga memusnahkan sekurang-kurangnya tiga kediaman.

Setakat ini, usaha untuk mengawal kebakaran sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

"Kebakaran masih marak dan sehingga kini masih gagal dipadamkan sepenuhnya," kata ketua mukim Ranto Peureulak, Aceh, Saiful.

SUMBER: AFP

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.