ad
SUKANKINI

Muhammad Farkhan juara tinju ABF Cruiserweight Championship

12 Mac 2018, 1:00 AM
Muhammad Farkhan juara tinju ABF Cruiserweight Championship

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 MAC: Peninju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron, muncul juara 'Asian Boxing Federation (ABF) Cruiserweight Championship' dengan menewaskan Jamed Jalarante dari Indonesia di Manila, Filipina, Sabtu lalu.

Anak kelahiran Johor menewaskan pencabarnya secara TKO (Technical Knockout) pada pusingan keenam.

Peninju berusia 29 tahun itu yang juga juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Light Heavyweight Champion, melebarkan rekodnya sebagai seorang peninju profesional kepada 6-0.

"Kejayaan itu mengharumkan nama beliau di persada dunia yang turut membawa nama baik Johor dan Malaysia," kata kenyataan melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers.

=EZY=

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.