ad
SELANGOR

Amin saran penjawat awam kekalkan mutu perkhidmatan terbaik

2 Mac 2018, 6:37 AM
Amin saran penjawat awam kekalkan mutu perkhidmatan terbaik
Amin saran penjawat awam kekalkan mutu perkhidmatan terbaik

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 2 MAC: Penjawat awam negeri ini disaran meningkatkan mutu dan memberi perkhidmatan terbaik sepanjang masa terhadap pelanggan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, buat masa ini, kakitangan dan penjawat awam menunjukkan kualiti perkhidmatan lebih tinggi berbanding negeri lain, malah di peringkat persekutuan.

"Banyak pengiktirafan dicapai bukan sahaja di peringkat negeri, juga di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan dirangkul adalah bukti komitmen dan penglibatan sama seluruh kakitangan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2018, di sini, hari ini.

EKSA diaudit Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mendapat pensijilan tersebut dengan tempoh diambil untuk pensijilan bermula dari Mei 2017 sehingga kini.

Terdahulu, Amin menegaskan, walaupun negeri ini dipimpin kerajaan berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, tetapi ia tidak menjadi halangan bagi penjawat awam mencari lebih banyak kejayaan, terutama aspek perkhidmatan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.