ad
SELANGOR

Bekalan air pulih di Petaling, Klang & Shah Alam

16 Feb 2018, 8:22 AM
Bekalan air pulih di Petaling, Klang & Shah Alam

 

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 FEB: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air membabitkan tiga kawasan di Petaling, Klang dan Shah Alam kembali pulih.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi SYABAS, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan berkenaan berpunca akibat penyusutan paras kolam perkhidmatan ekoran permintaan tinggi.

"Pemantauan berterusan serta tindakan perlu sedang diambil untuk memastikan bekalan air yang berterusan kepada semua pelanggan.

"Kerjasama dan kesabaran semua pelanggan sepanjang tempoh gangguan amatlah dihargai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.