ad
SELANGOR

IKTISASS terima peruntukan RM7 juta

12 Feb 2018, 8:04 AM
IKTISASS terima peruntukan RM7 juta

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) menerima peruntukan sebanyak RM7 juta daripada Kerajaan Negeri bagi melahirkan pekerja terlatih Industri 4.0 dengan impak segera.

Pengurus Industri Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC), Izham Zakaria berkata, peruntukan itu bagi menampung enam kursus termasuk tiga yang baru dilaksanakan.

"Berbanding tahun lalu, peruntukan itu ditambah merangkumi keseluruhan termasuk program belia lepasan SPM, Internship for high Impact Talent (I-HIT) dan Smart Technical Workforce.

"Ia juga bagi melancarkan lagi program baharu antaranya Selangor Smart SMEs (Perusaha Kecil dan Sederhana), Malaysia Essential Skills Training Initiative (MESTI Digital) dan Skim Perintis Meister Selangor," katanya kepada Selangor Kini.

Izham berkata, program itu dilaksanakan bertujuan membantu belia dan industri Selangor ke arah teknologi Industri 4.0.

=EZY=

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.