ad
GLOBAL

Kadar tol Linkedua bakal turun 1 April

10 Feb 2018, 4:54 AM
Kadar tol Linkedua bakal turun 1 April
Kadar tol Linkedua bakal turun 1 April

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 FEB: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) akan menurunkan bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) untuk kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura, mulai 1 April ini.

[caption id="attachment_211996" align="alignright" width="382"] Foto: The Malay Mail[/caption]

Memetik laporan BERNAMA, laluan Pusat Pemeriksaan Tuas akan dikurangkan lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi, setiap hari.

"Untuk kereta yang menggunakan laluan keluar dan masuk Singapura melalui pusat pemeriksaan itu hanya perlu membayar kadar tol S$1.30 ketika waktu puncak, manakala kenderaan perdagangan ringan (S$1.50), kenderaan berat (S$2), teksi (S$1) dan bas (S$1.50).

Bagaimanapun, kadar bayaran tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands pula tidak berubah.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.