ad
SELANGOR

Laluan kontra di ELITE, pengguna dinasihat rancang perjalanan

5 Feb 2018, 7:50 AM
Laluan kontra di ELITE, pengguna dinasihat rancang perjalanan

 

PETALING JAYA, 5 FEB: Satu laluan kontra akan dibuka di KM36.5 hingga KM35.5 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA - Nilai Utara, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), esok bermula jam 10:30 malam hingga 5:00 pagi.

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, ia bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan struktur papan tanda dilaksanakan di satu persimpangan bertingkat baharu di lebuh raya terbabit.

"PLUS menasihatkan semua pemandu menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan.

"PLUS mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.