ad
SUKANKINI

82 petugas hadiri Match Commisioner & General Coordinator 2018

5 Feb 2018, 7:27 AM
82 petugas hadiri Match Commisioner & General Coordinator 2018

 

HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 FEB: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan seminar Match Commisioner & General Coordinator 2018 untuk petugas Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2018, bermula 1 hingga 2 Februari lalu.

Seminar di Hotel Acappella, di sini, dihadiri 82 peserta dengan penerangan diberikan berhubung pertandingan ketiga-tiga piala itu.

"Semua peserta diberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan, kepengadilan, perubatan, keselamatan, media, pemasaran, tatatertib dan sistem pengurusan pertandingan.

"Mereka akan memulakan tugasan bagi saingan tiga piala itu pada hujung Februari ini," katanya dalam kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.