ad
SUKANKINI

Alfonso pemain import kelima Red Giant

28 Jan 2018, 1:47 AM
Alfonso pemain import kelima Red Giant

SHAH ALAM, 28 JAN: Pemain dari Sepanyol, Alfonso de la Cruz menjadi import kelima The Red Giants bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengandali pasukan Selangor, P Maniam berkata, pemain berusia 31 tahun itu akan tiba esok bagi mengisi posisi tengah bertahan dalam pasukan.

"Kami sudah mempunyai ramai pemain yang lebih kepada menyerang tetapi kita agak lemah di posisi tengah bertahan.

"Sebab itu kami menandatangani pemain itu untuk melakukan 'dirty job' di bahagian tengah," katanya lapor Sinar Harian Online.

Alfonso sebelum ini bermain dengan liga bawahan Sepanyol, CD Ebro pada 2017.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.