ad
PBT

SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

23 Jan 2018, 2:14 AM
SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 23 JAN: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

"Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir," katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatannya untuk manfaat masyarakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.