EKONOMI

Ringgit tinggi berbanding dolar AS

17 Jan 2018, 4:02 AM
Ringgit tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini dalam sesi dagangan awal ekoran minat belian yang muncul semula.

Pada jam 9.07 pagi, ringgit berada pada 3.9450/9500, berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9540/9590, pada Selasa.

Ketua Dagangan bagi Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, dengan tumpuan pasaran beralih kepada pernormalan dasar Bank Negara Malaysia, ia sepatutnya menyokong ringgit, ekoran jangkaan peralihan dasar, pada akhir bulan.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9900/9945 dari 2.9864/9909, pada Selasa dan turun berbanding yen Jepun, pada 3.5721/5773 dari 3.5715/5770.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4504/4577 dari 5.4415/4496 dan turun berbanding euro kepada 4.8492/8565 dari 4.8369/8446.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.